You main saham ke? Itulah soalan yang biasa aku terima dari kawan-kawan tak kira yang muda hingga yang dah berusia lebih separuh abad. Soalan yang sama turut keluar dari mulut kawan-kawan yang telah lebih 10 tahun terlibat dalam saham, termasuk juga yang bergelar Dr... he he
Bagi aku istilah yang sesuai bukan main saham. Istilah melabur atau trade adalah yang paling sesuai. Ramai kawan-kawan yang aku hangus duit dalam market kerana mereka MAIN SAHAM dan bukan invest atau trade.'v' Kalau nak main bukan kat pasaran saham tapi pegi ke Kasino Genting atau beli TOTO, 4D dan 3D.... he he.
Bila trade atau invest, akan melibatkan risiko untung dan rugi dan ini adalah perkara yang tidak boleh dibuat joke atau main-main. Ada @ tidak orang business guna istilah main kilang, main klinik atau main kedai runcit.... he he he
Jika anda bertemu atau ada kawan-kawan yang terlibat dengan saham dan anggap saham satu mainan, gelojoh, mengaku bijak kerana sudah lama berpengalaman, percaya dengan kabar angin, kurang pengetahuan TA dan FA, market jatuh dan kerugian satu yang boleh dibuat joke.... jauhkan diri anda terlibat dengannya bila membincangkan perkara berkaitan dengan saham kerana semua tu habuk pun tarakkkkk sebab tak buat homework... he he he
Don't simply trust anybody in the market. Some of them is monkey. He he... bersambung
No comments:
Post a Comment