Tuesday, 25 September 2007

Apa yang sebenarnya sedang berlaku?

Apa yang sebenarnya sedang berlaku?
Selepas Belanjawan 2008 dibentang CI tidak bermaya, CI naik tapi banyak kaunter turun. Malah CI lebih teruk jatuh apabila berlaku sesuatu keadaan diluar kawalan di luar negara. CI akan memberi reaksi jatuh berlebihan jika market luar negara jatuh. Tapi bila market luar negara naik tinggi, CI tidak naik tinggi. Adakah Bursa Malaysia tidak lagi kisah dengan pelabur runcit dalam market dan hanya memberi layanan istimewa kepada pelabur institusi.

Apa yang sebenarnya sedang berlaku?
Banyak projek koridor selatan, utara, Sabah dan pantai timur dilancarkan dengan nilai pelaburan berbilion-bilion ringgit. Tapi kenapa CI tidak memberi reaksi yang memberangsangkan. Bilakah dan adakah pelabur asing yakin dan akan datang untuk melabur dalam ekuiti market dan koridor ini.

Apa yang sebenarnya sedang berlaku?
Apakah tidak lama lagi akan diadakan PUU. Banyak kaunter akan terbang terutamanya berkaitan GLC dan sebagainya.

Apa yang sebenarnya sedang berlaku?
Apakah dunia sedang memasuki ambang zaman kemelsetan ekonomi. Harga minyak melebihi USD 80.00 per tong. US sedang bergelumang dengan masalah subprima. Inflasi bertambah tinggi. Jika ini berlaku akan dijangkakan keadaan tahun 1997 akan berulang dan banyak berlaku pengangguran serta banyak perniagaan akan bermasalah dan tutup kedai mulai tahun 2008!!!

Hanya Masa Akan Menentukan!!!

No comments:

Post a Comment